Posts

Showing posts from September, 2016

Problem

Limpahan pendatang dari China, satu ancaman demografi? 1) Membaca laporan isu di Sinar Harian, tentang 100,000 orang Cina yang masih belum mendapat taraf kerakyatan dan juga laporan di Malaysiakini PM mahu 50,000 pelancong China yang hilang dicari adalah satu perkara serius yang kita harus ambil perhatian. 2) Cuba kita perhatikan apa yang telah dilakukan di Singapura.  Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara. Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad. Anda boleh rujuk secara lanjut tulisan, Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009. 3) Di